Saturday, February 26, 2011

                                                My University lifestyle


                                      


Since year 2010, I was officially declared myself as university student, sometimes, it hard to believe what happen right now, I never imagine I’ll my myself, as a university student. But, thank god, that who I’m now, university student. There are lot thing happen to me through me first part, sometimes it sweet, bitter, sad but sometime, is hell worse. I think, everyone know what the hell worse part is, right?? So, I think I don’t have talk about it.
 Let move to sweet site, my first part, full with non-stop excitement. The most exciting part is the freedom. The ‘freedom’, what does it mean to you? For me, it means the state of being free, a free will, unrestricted. At campus, no one will scolded or yell to you if you commit something wrong, unlike at your home, it totally different. Your mother surely get angry if you do something wrong like you accidently broke the kitchenware  or being question if you return home late. At campus, what you do, it’s your own responsible, that the part I like most. First week live at campus, it totally suck, same goes to everyone who take a title as part 1 student. It call ‘minggu destini siswa’, I won’t elaborate more on this point because my lecturer already restricted.
 Proceed to the second week, I can feel the real lifestyle as university student, it feel totally awesome. Feel free to do everything you want, no want will give you an order to do this, do that and any else. Since my first part, I already got my own laptop, I think everyone know what boy will do if they have their own laptop, do you know what it is?. Played computer games!!!. It’s quite a funny story I want to share, this event take place during my final examination is around the corner. Story goes during study week, after I feel so damn tired study for chemistry, I turn on my laptop, and played computer games which is the games I played was the latest one on that month, suddenly my friend bump into to my dorm, crap!!. My friend from same faculty, said “Woo… you study in front of laptop, nice, I believe u shall grant a title as a de’an student this year!!” I can’t stop laughing on that moment, then I argue back their point, and said “hey!!... I played computer games to release my tension!!.”
 My friend misunderstood though always in my mind till now. It funny memory to remember, playing computer games during final exam, It’s totally a nut thing that you should not commit during final exam. And there are still lot of thing goes during my first part like having a lot of new friend and lecturer which is also contribute to my sweet memory. And thank god, I manage to score a grade with flying color through my first part and hold a title as de’an students, my friend wishes finally came true. So, I’m here, officially want a give a thank to all my beloved lecturer who never know what tired mean in teaching and give us knowledge. I loved you all.
I’m Muhamad Aizat bin Azmi, from applied science faculties, in diploma in science program. My hobbies is playing computer games full times, study only my part time stuff. But when a test or final exam is around the corner, I will automaticly switch my habits from ‘playing computer games’ to ‘book maniac’. 

PERANAN DAN FUNGSI SURAU NURUL MUSTAKIM














PERANAN SERTA FUNGSI SURAU NURUL MUSTAKIM
DISEDIAKAN UNTUK  :
-        USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
(PENSYARAH CTU 151)

DISEDIAKAN OLEH     :
-        MUHAMAD AIZAT BIN AZMI
-        NO. MATRIK : 2010627668
-        KUMPULAN : ASD2fn

PROGRAM
-        DIPLOMA SAINS GUNAAN




ISI KANDUNGAN
-         ABSTRAK
-         PENDAHULUAN
-         PENGERTIAN SURAU
-         SEJARAH PENUBUHAN
-          PERANAN
  MENJALANKAN AKTIVITI SEPERTI:
1.       GOTONG-ROYONG
2.       MAJLIS BERBUKA PUASA
3.       SUKANEKA RAKYAT
4.       CERAMAH MINGGUAN
5.       KELAS TAJWID
6.       BACAAN YASSIN
7.       MEMASAK BUBUR LAMBUK
8.       MAJLIS KHATAM AL-QURAN
9.       SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
10.    KELAS FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH

-         MASALAH
    MASALAH YANG DIHADAPI
1.       MASALAH KEWANGAN
2.       MASALAH KEKURANGAN SAMBUTAN
3.       AKTIVITI YANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN
4.       GANGGUAN BEKALAN AIR SERTA ELEKTRIK

-         PENYELESAIAN
-         PENUTUP
-         RUJUKAN



ABSTRAK

Kebiasaanya Surau ditakrifkan sebagai tempat ibadah bagi umat islam dimana ianya Kebiasaannya terletak berhampiran dengan penduduk setempat.tujuannya ialah bagi memudahkan umat islam untuk singgah solat disurau tersebut. Ciri –ciri Surau ialah berkonsepkan institusi dimana umat islam boleh memperolehi ilmu agama. Penduduk setempat juga lebih gemar mengunjungi surau kerana ianya bersifat lebih mesra kerana kebanyakan orang yang hadir disurau adalah dikalangan penduduk itu sendiri. Dengan itu, ia dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama umat. Surau juga turut tidak ketinggalan dalam usaha menjayakan sesuatu aktiviti di kawasan perumahan tersebut. 

PENDAHULUAN

 Saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan hasil kertas kerja CTU 151 dan setinggi-setinggi pujian kepada Allah s.w.t kerana memudahkan serta melancarkan segala urusan saya dalam usaha menyiapkan kerja khusus ini. Segala puji untuk Allah yang menjadikan umat Islam zaman sekarang sebagai umat Nabi Muhammad,umat akhir zaman yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan yang besar.Pada masa sekarang,manusia mendapat pelbagai dugaan daripada Allah S.W.T.Oleh itu,manusia hanya mengejar keduniaan daripada akhirat.Pada tajuk ini,surau Nurul Mustakim di taman jati memainkan peranan kepada setiap penduduk setempat dia taman ini.Tajuk ini akan membicangkan tentang sejarah dan kegiatan surau yang dijalankan di sini.Surau adalah salah satu tempat beribadah untuk umat Islam terutama pada penduduk setempat.Hampir kesemua taman ataupun kampung didirikan surau untuk tempat berjemaah besama penduduk setempat.Ini juga salah satu alternatif kepada penduduk yang tidak dapat menunaikan solat di masjid oleh sebab-sebab yang tertentu.Surau juga memainkan peranan dalam mewujudkan aktiviti seperti ceramah agama,gotong royong dan lain-lain yang membolehkan penduduk setempat saling merapatkan silaturahim diantara mereka.Melalui ini,sejarah surau di taman akan dapat diketahui secara lebih terperinci.Surau juga adalah salah satu tempat dimana berhimpunnya penduduk setempat untuk membuat sesuatu aktiviti ataupun program kemasyarakatan.Surau juga dijadikan tempat untuk menuntut ilmu agama disamping fardhu ain dan fardhu kifayah.Perbezaan diantara surau dengan masjid adalah sangat berbeza dari pelbagai aspek.Surau adalah tempat yang penting walaupun tidak banyak manfaat yang boleh dipraktikkan seperti di masjid.






PENGERTIAN SURAU
Sejarah adalah peristiwa yang berlaku pada masa lepas atau lampau.Tetapi pada konsep pengertian ini,sejarah surau bermaksud tentang penubuhan surau di taman ini.Penubuhan surau di taman ini amat penting untuk mengetahui tentang asal-usul terbinanya surau di taman ini.Ia juga menjadi lambang bahawa dia taman ini terdapatnya penduduk yang beragama Islam.Surau adalah tempat penting untuk berkumpulnya umat Islam untuk melakukan solat berjemaah beramai-ramai di samping mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Penubuhan surau dianggap tidak penting bagi segelintir golongan,tetapi ini akan menjadi penting jika terdapat hal-hal yang mustahak.Surau juga menjadi antara tempat terpenting terutama jika berkaitan dengan hal agama.Di sini lah tempat yang paling sesuai untuk dibincangkan besama-sama penduduk tetapi tidaklah sehingga menggangu solat berjemaah ataupun aktiviti yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa surau.
PENUBUHAN SURAU
Surau ini dinamakan surau Nurul Mustakim. Surau ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan diusahakan pada tahun 1997. Dikatakan bahawa peruntukan yang disediakan oleh pihak atasan adalah sebanyak 20 ribu ringit untuk membina surau tersebut . disamping itu, ada juga pihak yang sudi menghulur  derma secara individu untuk membina surau ini. Ahli parlimen Bandar Bharu juga turut memberi sumbangan dari segi khemah,tandas,kerusi dan meja,tempat wuduk dan tar yang beranggaran sebanyak 10 ribu.Selain itu,terdapat juga sumbangan daripada individu yang baik hati yang sedikit sebanyak meringankan beban. Terdapat juga sumbangan dari luar yang juga membantu dalam penubuhan surau ini.Surau ini juga mendapat sumbangan dari segi peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjadikan sebuah surau yang lengkap dengan pembesar suara,kipas,lampu dan berbagai-bagai lagi.Selain itu,buku-buku agama,Al Quran, juga disumbangkan hasil dari penduduk setempat.











AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
  • -          GOTONG-ROYONG
  • -          MAJLIS BERBUKA PUASA
  • -          SUKANEKA RAKYAT
  • -          CERAMAH MINGGUAN
  • -          KELAS TAJWID
  • -          BACAAN YASSIN
  • -          MEMASAK BUBUR LAMBUK
  • -          MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • -          SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
  • -          KELAS FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH


GOTONG-ROYONG

-          Aktiviti gotong-royong ini sering dijalankan dikawasan surau ini agar ianya dapat mengekalkan kebersihan kawasan tersebut. Aktiviti ini kebiasaannya dijalankan sekali sebulan. Aktiviti ini melibatkan semua golongan tidak kira muda atau tua. Tujuan aktiviti dijalankan agar ia dapat memupuk semangat kejiranan, silaturahim serta semangat tolong menolong antara satu sama lain. Selain itu, aktiviti gotong-royong juga tidak terhad dikawasan surau sahaja, ianya juga meliputi kesuluruhan kawasan taman tersebut. Hal ini kerana, dengan adanya aktiviti sedemikian, ia dapat mencegah masalah pembiakan nyamuk aedes dari terus melanda dikawasan tersebut.

MAJLIS BERBUKA PUASA

-          Majlis berbuka puasa akan sentiasa diadakan pada setiap bulan ramadhan. Majlis ini kebiasaanye mendapat sambutan orang ramai. Hidangan berbuka puasa sering berubah kerana setiap hari, orang datang menhantar makanan berbeza-beza. Surau Nurul Mustakim ini mengamalkan sistem bergilir-gilir agar majlis berbuka puasa akan menjadi lebih meriah. Kadang- kala, aktiviti memasak secara bergotong-royong juga turut dijalankan ketika bulan puasa agar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

SUKANEKA RAKYAT

-          Surau Nurul Mustakim juga turut menganjurkan aktiviti sukaneka rakyat. Aktiviti ini sering dijalankan pada setiap tahun, dan kebiasaanye pada hujung tahun. Aktiviti ini melibatkan kesulurahan peringkat umur, tidak kira dewasa, remaja serta kanak- kanak. Ini sebegini dapat memupuk sedikit sebanyak semangat kesukanan dalam diri kita. Antara acara-acara yang paling menarik perhatiaan orang ramai ialah acara lari dalam guling, acara isi air dalam botol, makan buah tanpa mengunakan tangan, tiup tepung, larian berpasangan, pertandingan melukis dan mewarna, tiup belon sampai pecah dan lain-lain lagi. Tujuan aktiviti ini dijalankan kerana ia dapat mengisi masa lapang kita, terutamannya golongan remaja. Aktiviti ini dapat menghalang golongan ramaja daripada menbuat aktiviti yang tidak berfaedah serta menjauhkan meraka daripada terlibat dengan gejala social dan dadah
.
CERAMAH MINGGUAN

-          Ceremah mingguan kebiasaannye dijalankan pada hari khamis, iaitu malam. kebiasaasnye, pihak surau akan menjemput penceramah dari luar untuk menberi ceramah. Antara tajuk-tajuk ceramah yang sering menjadi tumpuan penceramah luar ialah tajuk mengenai sejarah islam, masalah yang dihadapi oleh golongan islam pada masa kini, pengaruh barat yang makin menular dikalangan remaja masa kini dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga turut mendapat sambutan orang ramai, termasuklah golongan dewasa dan remaja. Aktiviti sebegini dapat menbantu sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan umat kita agar dapat menjadi lebih beriman dan boleh menbezakan antara perkara buruk dan baik. Oleh itu, majlis ilmu sebegini haruslah dipraktikkan diseluruh surau, masjid mahupun dirumah agar rakyat melayu islam menjadi bangsa yang lebih bertamadun kerana menpunyai ilmu pengetahuan yang luas.

KELAS TAJWID

-          Kelas tajwid merupakan kelas yang disediakan untuk kaum wanita di surau  Nurul Mustakim. Waktu kelas tajwid ini diadakan ialah pada waktu pagi setiap hari. Kelas tajwid ini diwujudkan kerana ia dapat mengisi masa lapang para suri rumah yang tidak berkerja untuk menperoleh ilmu. Kelas ini lebih tertumpu pada golongan isteri yang tidak berkerja. Kelas tajwid ini ternyata sangat berkesan kerana menbantu kita mengingati hukum-hukum tajwid ketika menbaca Al-Quran agar cara bacaan kita betul.

BACAAN YASSIN

-          Bacaaan surah yassin sentiasa diadakan pada malam khamis. Menbaca surah yassin pada hari khamis merupakan salah satu amalan Islam. Tetapi umat islam digalakkan menbaca surah yassin pada bila-bila masa. Terdapat banyak kelebihan menbaca yassin, antaranya ialah dapat menerangkan hati. Pihak surau juga turut menyediakan makanan ringan selepas selesai bacaan yassin dan solat insyak. Dengan adanya aktiviti sebegini, ia dapat menarik lebih ramai remaja serta kanak-kanak untuk teruk sertai majlis mulia.

MEMASAK BUBUR LAMBUK

-          Memasak bubur lambuk merupakan salah satu aktiviti yang cukup menarik kerana ianya memerlukan kerjasama antara satu sama lain jika ingin memasaknya. Aktiviti ini dijalankan pada bulan ramadhan, bermula dari awal pagi. Aktiviti ini kebiasaannya melibatkan golongan wanita dan lelaki. Penbahagian tugas turut dilaksanakan dalam memastikan kelancaran aktiviti ini. Kebiasaannya tugas mengsian ayam dan mengacau bubur lambuk diberikan kepada lelaki manakala tugas memotong ayam, menyediakan rempah serta resipi untuk memasak kepada wanita. Aktiviti ini kebiasaanye mengambil masa hingga ke tengahari. Sesudah selesai memasak bubur lambuk secara gotong- royong, bubur tersebut akan dibahagikan keseluruh kawasan taman perumahan.

MAJLIS KHATAM AL- QURAN

-          Majlis khatam Al- Quran merupakan aktiviti menbaca Al- Quran secara beramai- ramai. Aktiviti merupakan aktiviti yang cukup bagus dalam usaha menperbetulkan cara bacaan kita dengan menpraktikannya dalam kumpulan. Majlis ini julung kali diadakan pada setiap tahun.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

-          Sambutan maulidur rasul merupakan sambutan yang cukup bersejarah. Kebiasaannya, pihak surau akan menghubungi pihak sekolah yang terdekat untuk bersatu mengadakan perarakan beramai-ramai. Dengan itu, wujudnya satu hubungan diplomasi antara sekolah dengan surau itu. Tujuan utama hubungan diplomasi ini diwujudkan adalah untuk menambahkan lagi kemeriahan menyambut hari maulidur rasul. Disamping itu, ia juga dapat melahirkan perasaan cintakan Rasul kita dikalangan pelajar-pelajar sekolah, terutamanya sekolah rendah. Mereka hendaklah di didik semenjak dari kecil lagi agar perasaan cintakan rasul menjadi sebati dalam diri mereka. Bak kata pepatah, melentung buluh, biarlah dari rebungnya. Jika amalan ini tidak diwujudkan, maka semakin hari, golongan pemimpin masa yang akan datang tidak menpunyai sifat-sifat serta cirri-ciri rasul kita.

      KELAS FARDHU AIN DAN KELAS FARDHU KIFAYAH

-          Antara peranan atau aktiviti surau di taman ini adalah pengajian fardhu ain dan kifayah terhadap kanak-kanak atau anak-anak yang sudi meluangkan masa untuk mempelajari ilmu agama.Aktiviti ini dianjurkan oleh ahli jawatankuasa wanita surau. Dengan itu,ilmu Ini dapat menyemai anak-anak dengan nilai-nilai murni serta menambah ilmu pengetahuan agama Islam. Bagi Ibu bapa yang berkerja juga tidak lagi berasa bimbang jika mereka sibuk dengan urusan pejabat kerana anak-anak mereka telah meluangkan masa lapang mereka bersama-sama tenaga-tenaga pengajar yang berilmu dalam mengajar anak meraka ilmu-ilmu agama


MASALAH- MASALAH YANG SERING TIMBUL DALAM USAHA MENANJURKAN SESUATU AKTIVITI.
  • -          MASALAH KEWANGAN
  • -          MASALAH KEKURANGAN SAMBUTAN
  • -          AKTIVITI YANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN
  • -          MASALAH KEKURANGAN JEMAAH

          MASALAH KEWANGAN


-          Masalah kewangan sering menjadi pemhalang utama dalam usaha surau menjayakan sesuatu aktiviti. Kekurangan bajet menyebabkan pihak surau terpaksa mengurangkan jumlah aktiviti yang ingin dilaksanakan kerana masalah kewangan. Pihak surau turut mengeluarkan penyata tentang pemohonan bajet untuk surau kepada pihak atasan namun jumlah bajet yang diluluskan tidak banyak, hanya sekadar cukup untuk melaksanakan beberapa aktiviti sahaja. Masalah ini masih lagi belum berjaya diselasaikan sepenuhnya.

MASALAH KEKURANGAN SAMBUTAN

-          Masalah kekurangan sambutan juga turut menyumbang kearah kesukaran pihak surau memperoleh jumlah bajet yang mencukupi. Sesetengah aktiviti yang dijalankan kurang menarik perhatian orang ramai. Mereka lebih gemar berhibur daripada menyertai majlis- majlis ilmu sedemikian.Disamping itu, keadaan bertambah parah apabila sesetengah penduduk tidak mengetahui langsung info tentang aktiviti akan dijalankan oleh pihak surau. Oleh itu, pihak ajk surau haruslah menaik tarafkan sistem informasi di papan kenyataan serta penyebaran infomasi secara berkesan

AKTIVITI TIDAK MENDAPAT KELULUSAN

-          Sesetengah aktiviti yang dijalankan, memerlukan penggunaan kemudahan seperti dewan atau padang, namun pihak surau kadang-kala menghadapi kesulitan dalam usaha mendapat kebenaran pihak atasan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Hal ini timbul kerana berlakunya pertembungan dengan antara pihak lain yang ingin menggunakan kemudahan itu juga. Oleh itu, salah satu pihak mesti lah bertolak ansur.


MASALAH KEKURANGAN JEMAAH

-          Masalah kekurangan jemaah merupakan masalah yang cukup ketara menimpa surau ini. Hal Ini kerana kebanyakkan keluarga disini sibuk berkerja. Kedua-kedua Suami dan isteri juga turut turun padang bekerja.Oleh sebab yang demikian,surau ini kekurangan para jemaah untuk menunaikan solat fardhu.Masalah ini tidaklah dapat diselesaikan dengan sepenuhnya,tetapi dengan program yang banyak diperkenalkan seperti ceramah agama diharapkan dapat menarik minat penduduk untuk datang ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

KES KECURIAN DUIT TABUNG SURAU

-          Masalah kecurian ini sering terjadi pada kebanyakkan surau dan masjid. Masalah ini berpunca daripada budak-budak yang bermasalah.Oleh itu, bagi menbendung gejala ini terus rancak berlaku. Pintu masjid hendaklah dikunci bagi mengelakkan kecurian. Selain itu, pihak surau hendaklah mengutip duit tabung dengan kadar yang berkala dan disimpan di tempat yang lebih selamat.

GANGGUAN BEKALAN AIR SERTA ELEKTRIK

-          Gangguan bekalan air serta elektrik sering melanda kawasan taman perumahan tersebut, hal ini tidak lagi dapat dielakkan lagi kerana kecekapan sistem bekalan air serta elektrik dikawasan taman perumahan agak rendah memandangkan kawasan taman perumahan ini agak terpencil.

PENUTUP

          Secara konklusinya, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalan oleh surau di kawasan taman perumahan. Ianya boleh dikatakan cukup aktif dari segi aktiviti yang berkaitan dengan agama.Aktivi-aktiviti ini juga mewujudkan suasana yang boleh mendatangkan kerjasama di antara penduduk serta merapatkan lagi ikatan silaturahim di antara penduduk.Surau ini juga memainkan banyak peranan kepada penduduk setempat.Boleh dikatakan  bahawa kesemua hari-hari penting Islam disambut dan dirai oleh penduduk Islam tempatan di surau ini.Jika dilihatkan kepada keadaan surau yang kian uzur,tetapi ini tidak menjadi alasan untuk membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Penduduk disini juga saling jua bekerjasama dan saling bekerjasama untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa surau.Ini menunjukkan sikap yang baik dan bertamadun yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk setempat.